Misteri Batu Rosetta


Masyarakat Mesir mengenal bentuk tulisan yang disebut Hieroglyph berbentuk gambar. Tulisan Hieroglyph ditemukan di dinding piramid, tugu obelisk maupun daun papirus. Huruf Hieroglyph terdiri dari gambar dan lambang berbentuk manusia, hewan dan benda-benda. Setiap lambang memiliki makna. Tulisan Hieroglyph boleh jugak dikenali sebagai tulisan hieratik dan demotis. Tulisan hieratik atau tulisan suci dipergunakan oleh para pendeta. Demotis adalah tulisan rakyat yang dipergunakan untuk urusan keduniawian misalnya jual beli.






Jean-Francois Champollion




Jean-Francois Champollion dicatat dalam sejarah dunia sebagai orang pertama yang berhasil membaca huruf Mesir kuno yang telah dilupakan ribuan tahun. Ternyata kemampuannya ini didukung oleh pengetahuan bahasa yang telah dikembangkannya sejak kecil ketika berusia 11 tahun, Champollion telah menguasai bahasa Latin, Greek, dan Ibrani. Dua tahun kemudian ia juga mempelajari bahasa Arab, Syria, Chaldea, dan Koptik.

Batu Rosetta


(Roetta Stone) adalah dekrit/surat perjanjian, Raja Ptolemeus V (205-180 bc), yang diceritakan dan ditulis dua kali oleh bangsa Mesir Kuno. dan terpatri pada Tulisan Hieroglif dan Huruf Demotik, juga ditulis dalam bahasa greek. Temuan Hieroglif memang unik dan tidak banyak yang mampu menerjemahkannya, kalau pun ada tapi lebih banyak yang salah arti dari  makna yang tertulis.



Kisah nya  begini,Pada tahun 1799, seorang tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja menemui sebuah batu bersurat yang kemudiannya dikenali Batu Bersurat Rosetta. Batu Bersurat Rosetta adalah inskripsi tiga jenis bahasa yang ditulis serentak pada zaman King Ptolemy V(sekitar 196SM). Pierre-Francois Bouchard menemuinya di Bandar Rashid di Delta Sungai Nil. Pada awalnya batu bersurat tersebut digunakan untuk membina Fort Julien di Delta Sungai Nil, dan Jean-Fran├žois Champollion yang tersebut diatas tadi, telah berjaya memahami bahasa Mesir purba. Daripada detik tersebut, semakin banyak tulisan-tulisan higroglif yang selama ini tidak difahami akhirnya berjaya ditafsirkan. Budaya dan sejarah tamadun Mesir purba difahami dengan sedalam-dalamnya. Nama-nama Firaun, isteri, anak-anak serta menteri-menteri berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Greek dan bahasa moden. Kajian dan penyelidikan yang berlaku dengan rancak akhirnya melahirkan sebuah disiplin kajian khusus yang dikenalisebagai.... Egyptology.

info:
Gelaran Firaun atau Raja

Menurut penyelidikan linguistik, perkataan Firaun berasal daripada perkataan Mesir purba, per-aa yang membawa maksud ‘Istana Beso’. Pada awalnya, ia merujuk kepada istana raja berbanding dengan gelaran khusus kepada pemerintah. Bangsa Mesir purba tidak memanggil raja mereka dengan gelaran Firaun sehingga muncul Dinasti ke-18(1552-1295SM) di era New Kingdom.



Pemerintah Mesir pertama yang menggunakan gelaran Firaun sebagai gelaran khusus kepada pemerintah adalah Amenhophis V(memerintah daripada tahun 1352 sehingga 1338SM). Gelaran Firaun ini kemudiannya menjadi ikutan sehingga kerajaan Mesir tumbang kepada bangsa Persia dan Yunani.

Egyptologist

Kajian yang berterusan akhirnya berjaya merungkai sejarah awal Tamadun Mesir Purba. Kajian demi kajian akhirnya membuat para cendikiawan berpendapat bahawa Mesir terdiri daripada puluhan Dinasti yang mana ia terbahagi pula kepada beberapa Kerajaan. Secara ringkasnya, tamadun Mesir purba terbahagi kepada beberapa zaman iaitu:
Predynastic; muncul 4500bc sehingga berakhir pada 3150bc
Thinite Period; muncul 3150bc sehingga berakhir pada 2700bc
Old Kingdom; muncul 2700bc sehingga berakhir pada 2200bc
First Intermediate; muncul 2200bc sehingga berakhir pada 2040bc
Middle Kingdom; muncul 2040bc sehingga berakhir pada 1674bc
Second Intermediate; muncul 1674bc sehingga berakhir pada 1553bc
New Kingdom; muncul 1553bc sehingga berakhir pada 1069bc
Third Intermediate; muncul 1069bc sehingga berakhir pada 747bc
Late Period; muncul 747bc sehingga berakhir pada 525bc
First Persian Period; muncul 525bc sehingga berakhir pada 404bc
Dynasties 28-30; muncul 404bc sehingga berakhir pada 343bc
Second Persian Period; muncul 343bc sehingga berakhir pada 332bc
Greco-Roman; muncul 332bc sehingga berakhir pada 395bc
pada tahun 1822, pada usia 32 tahun, Champollion telah berjaya menterjemahkan batu Rosetta yang menjadi kunci pembacaan naskah Hieroglif Mesir kuno






Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel